Namun apa yang menjadi masalah kini, graduan-graduan yang telah dilahirkan oleh universiti-universiti tempatan masih ramai yang belum berjaya menempatkan diri dalam sektor perkerjaan. Persoalan yang sering bermain di minda saya setiap kali bermuhasabah diri ketika malam menjelma ialah, adakah saya juga tergolong dalam graduan-graduan ini. Memang payah sekali untuk dibayangkan apalagi berhadapan dengannya. Apa yang boleh saya buat saat dan ketika ini hanyalah berdoa kepada tuhan semoga dijodohkan segera dengan pekerjaan yang benar-benar sesuai. Sedikit motivasi diri untuk dikongsikan bersamaJ
Dalam konteks pengukuhan usaha melahirkan modal insan, anda dan saya mestilah benar-benar berketrampilan dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Dalam erti kata lain, sebagai pelajar dan bakal penyumbang tenaga kepada negara, kita tidak boleh lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya kita mestilah mempunyai bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian cabaran semasa dan akan datang. Justeru, pembangunan bakat dalam kalangan graduan-graduan seperti kita ini perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan melalui 5Cs iaitu:
1> Critical Thinking and Problem Solving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah)
Harus diingatkan! kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang. Setiap daripada kita mempunyai lima fungsi otak yang utama iaitu ingatan, visual, bayangan, perasaan, sintesis. Dan ketahuilah “to creative is always to do something”. Insyaallah, kita mampu menjadi kreatif jika kita tahu bagaimana cara mengoptimakan minda.
2> Effective Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi)
Terlalu banyak yang boleh kita perkatakan mengenai pertuturan serta bahasa badan.Pertuturan yang baik mencerminkan watak dan akhlak kita. Oleh itu, berusahalah untuk melatih diri meningkatkan keberkesanan berkomunikasi tidak kiralah sama ada antara keluarga, masyarakat sekeliling dan orang luar.
3> Collaboration and Team Building (boleh bekerja secara berkesan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan)
Sebagai graduan-graduan yang terpilih, kita haruslah mempunyai semangat kepasukanan yang tinggi dalam kumpulan. Matlamat yang jelas merupakan penentuan kepada hala tuju pasukan dan juga menjadi lambang kepada nilai, visi, tujuan, strategi dan keutamaan.
4> Creative and Innovative (kreatif dan inovatif)
Kreatif apabila kita bersikap positif terhadap sebarang kemungkinan baru di dalam kehidupan dan persekitaran. Sikap yang positif ini akan mendorong kita untuk berwatak inovatif atau sikap yang suka membuat penambahbaikan menerusi kelainan dengan memanfaatkan segala ruang dan peluang di sekeliling yang ada. Kita seorang yang unik kala berfikiran kreatif. Tetapi apa yang saya perkatakan ini tidak bermaksud mencari kelainan sehingga menghilangkan jati diri kita yang hakiki. Seseorang yang kreatif berkebolehan untuk berfikir di luar kotak pandangan kebiasaan untuk mencari keunikan baru dengan tujuan untuk meningkatkan keutuhan jati dirinya. Inilah watak sebenar insan kreatif yang akan menyumbang kepada pemacuan pembangunan negara.
5> Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam dunia yang kepelbagaian)
Sentiasa memartabatkan budaya kita walau dimana jua berada. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jangan terlalu terpengaruh dengan budaya luar yang boleh menjejaskan kreadibiliti kelak.
Natijahnya<<*>> Sama-samalah kita membina jati diri yang kuat dan membina keyakinan yang tinggi dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang. Hidup tidak bermakna tanpa cabaran. Hadapinya dengan tenang dan sentiasa tawakal kepada pencipta kita iaitu Allah yang maha berkuasa. Harapan saya sendiri semoga saya boleh mengubah diri ini ke arah yang lebih cemarlang demi keluarga yang tercinta :*

No comments:
Post a Comment