Mengapa Perlu meraSa kecewa saat mengHadapi maSalaH?????LanGit tiDak aKaN selaManya mendUnG, So!!!usah KeceWa jikalau dalam KesuliTan::paSti ada keTikanYa fajAr akaN menYinsinG untuK memBerikaN siNar::::::MotiVasi kata Hari ini!!SerTailah InDividu yang telah berjaya denGan menjejaKkan lanGkah dan tabiat kerja mereka!!BerSikap positif dan optimis

Tuesday, November 15, 2011

~suratan atau kebetulan~

Aku merenung jauh ke tanah sawah milik ayahku. Mencuba untuk mencari penyelesaian tekanan hidup sebagai seorang penggangur yang ‘berjaya’ di kampung ini. Masih terngiang-ngiang suara Shamira kawan sekampungku “ kau betul ke nak kerja jadi pembantu rumah, Vida..dah la jauh..kat semenanjung pulak tu! Kau tak rindu ke ngan keluarga kau nanti? Kau nie ada ijazah, tak malu ke nanti apa orang kampung cakap kau kerja sebagai pembantu rumah je!!#$%%~~?”....

Kata-kata Shamira memang benar, aku memiliki segulung ijazah tapi takkan aku sanggup memalukan keluarga untuk kerja sebagai AMMAH! Aku bermonolog dalam sendu. Sampai saat ini, aku masih aktif sebagai seorang penggangur. Entah di mana silapnya, aku belum pun menemukan kerja dalam mana-mana sektor. Sampai satu tahap, aku seperti seorang yang kuat marah, menjadi pendiam dan kurang bergaul dengan orang kampung. Emosiku sukar dikawal lebih-lebih lagi ramai cakap-cakap yang kurang baik aku dengar dari mulut orang. Aku pasrah!! menanti sebuah jawapan yang tidak mungkin pasti adalah penyeksaan. Namun sampai bila aku nak menyusahkan keluargaku untuk menyara aku!peluang pekarjaan memang terhad masa kini, dan tidak mungkin dengan ijazah itu dapat menjanjikan aku kerja yang lebih baik. Ahhhhh!!!aku tekad, “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Aku menempah tiket Airasia tanpa pengetahuan kedua orang tuaku.

*****

Tuk..tuk..tuk...aku mengetuk pintu dengan perasaan gentar. Aku melihat kertas alamat rumah bakal majikanku berkali-kali. Takut sekiranya salah~.tiba-tiba... “ye, masuk”! huh!! Ini ke bakal majikan aku, mukanya nampak tegang, habis la aku..” getus hati kecilku. Aku duduk d atas sofa, rumahnya luas, besar... siap ade kolam renang lagi, lanskap sungguh menarik. Aku kagum, tersangat kagum. Tiba-tiba kelihatan dua orang budak berlari-lari ke arahku. “mama-mama, mama dari mana nie”..kata salah seorang anak kecilnya sambil memeluk aku. Aku tergamam!! Alamakk!! Apa aku nak jawab nie??bisik hatiku....... badan aku jadi sejuk saat dan ketika itu~~

Aku dibawa ke ruangan tempat tidur ku. “ oke, awak boleh tidur di sini..mmm..lagi satu hal, ini jadual kerja awak” kata majikanku lalu berlalu pergi dengan anak-anaknya ke ruangan bawah...

***

Aku memulakan kerja ku seperti dalam jadual. Aku kena bangun seawal pagi sebelum majikan dan anak-anaknya bangun. ‘iron’ baju sekolah budak-budak dan baju kerja Tuan Razhiq adalah tugas pertama ku. Setelah itu aku sediakan sarapan dan mengemas rumah. “Aikal, Aikah sayang..bangun, awak kan nak ke sekolah. Nanti lewat pula” aku cuba mengejutkan kedua budak comel tetapi gagal. Haduih!!payah pulak nak kejutkan budak-budak nie. “ Vida, budak-budak tu dah siap belum??saya dah nak gerak nie!~~ Alamakkkk!! “ oke, dah siap tuan~~”..aku cepat-cepat menguruskan budak berdua tu.. “Aikal, jangan lupa bekalan ni haa~~” lalu memberikan bekalan kepada Aikal dan Aikah. “bye mama” kata Aikah sambil menyalam dan mencium tanganku. Aku terkedu, secebis senyuman terlukis di bibirku. “bye sayang” balasku dengan senang dipanggil mama.

Kring..kring..kring...

Aku lantas mengangkat telefon.. “ Vida, boleh awak hantarkan file biru atas meja kat bilik saya sekarang? Saya nk guna”..belum sempat aku menjawab, gagang telefon telah diletakkan. Sekali lagi aduih!!! Mana aku tahu jalan ke pejabat tuan...arhghhhh!!!

Dengan tercungap-cungap “ nah, tuan..ini failnya” aku menghulurkan fail seperti yang diminta oleh tuan. Akhirnya aku berhasil menemukan bangunan syarikat tuan. Hummm...tapi macamana aku nak balik semula ke rumah!! Ahhhh!! Aku bukan budak kecik lagi, kan banyak bas nie!! aku berseloroh sambil menuruni anak tangga bangunan milik Tuan Razhiq.

Selesai hari pertamaku berkerja. Sungguh letih, rupnya tugas sebagai “ammah” nie bukannya senang. Semua kerja kena buat. Habis lenguh seluruh badan. Hummmm...apa nk buat..dan aku terusss terlena dibuai mimpi..ZZZzzz...

*****

Seperti biasa aku memulakan rutin harianku di rumah yang gah seperti istana ini. Memang lenguh sangat tangan nak membersihkan rumah seluas padang nie..tapi nasib baik Aikal dan Aikah pandai mengemas..boleh jugak tolong aku kemaskan rumah nie..(heehe)..

“Aikal, Aikah..tak gi skolah ke hari nie..papa nak gerak dah nie” jerit Tuan Razhiq dari ruang tamu rumah.

“ apalaaa, papa nie..hari nie kan dah stat cuti sekolah..papa tak tahu yee..heehe”..Aikal sedikih menjerit.

“papa janji nak bawak kitaorg jenjalan, bila papa nak ambil cuti nie papaa...” Aikah pula menyambung.

“Aikah, Aikal..mmmm, nanti kita holidays sama-sama ye..tapi sekarang papa sibuk nie..papa banyak kerja nak kena buat..urgenttttt sangatt~~’ pujuk Tuan Razhiq kepada anak-anaknya pula dan segera menghidupkan enjin kereta lantas berlalu pergi.

Kesian anak-anak nie, kecil-kecil lagi dah dibiarkan, yelah kerja memang yang utama, tapi jangan nak abaikan tanggungjawab kepada anak-anak pula” hatiku berbisik sendirian.

Kedua anak tersebut terus menuju ke bilik mereka. Aku mengejar dan cuba memujuk hati mereka. Aku tahu benar hati seorang budak kecil. Belaian dan kasih sayang yang penuh daripada kedua ibu bapa adalah yang diharapkan oleh mereka. Hari ini cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Mesti anak-anak ini bosan duduk dalam rumah. Apa aku nak buat untuk hiburkan hati mereka ye”..aku bertanya dalam hati.penuh bersungguh-sungguh. Ini adalah tanggungjawab sebenar yang aku perlu laksanakan di rumah ini. hilang idea aku tiba-tiba. Nasib baik la akhirnya Tuan Razhiq memohon cuti selama semingu. Terluang jugak sedikit masa dengan anak-anak kesayangannya.

***

Dari kejauhan, aku melihat kegembiraan terpancar di wajah Aikal dan Aikah ketika bermain di tepi pantai bersama papa mereka. Selepas bermandi-manda, mereka bermain pasir dan masing-masing bertanding membina istana pasir siapa paling besar. Dan jurinya adalah aku. Huhu!

“pemenangnya adalahhhhh.......papa” keputusan yang aku buat rupanya menghampakan kedua anak kecil itu. Aku tertawa kecil. Suka melihat wajah dengan mulut muncung kedua mereka. Tanpa aku sedar, Tuan Razhiq lama merenung aku..lantas aku pura-pura mengusik-usik Aikal dan Aikah. Kami kejar-mengejar antara satu sama lain. sungguh perasaan sayang kepada anak-anak ini semakin menebal dalam diriku. Aku tidak pernah menyangka rancangan tuhan kepadaku adalah bertemu kedua insan yang sangat comel dalam hidupku ini. aku bersyukur kepada tuhan, walau sehebat mana pun aku merancang, rancangan tuhan adalah yang terbaik buat ku. Aku bersyukur sangat-sangat. Tuan Razhiq pun sudah menganggap aku sebahagian daripada keluarganya. Sangkaan ku dahulu ternyata salah, Tuan Razhiq yang aku sangkakan garang rupa-rupanya seorang majikan dan papa yang baik hati dan penyayang.

***

“mama..mama..apa yang adik tu buat mama, kenapa adik tu menangis, papa dia jahat ke...”dan banyak lah lagi pertanyaan keluar dari mulut Aikah tentang drama ‘kasihnya ibu’ di TV3. Aku menjawab satu-satu soalan Aikah. Dan makin banyak aku terang, makin banyak pertanyaan yang dia ajukan. Aku menjawab dengan selamba semua pertanyaannya sedang Aikal hanya duduk menyaksikan drama bersiri tersebut. “ Vida, boleh awak naik ke atas kejap” dengan segera aku naik ke atas diikuti Aikah dan Aikal. Aku mematikan suiz TV.

“ya tuan”..

“ awak tolong saya taip benda nie..esok saya kena present dengan pengarah-pengarah, takut tak sempat..kalau dah siap tolong savekan ke new folder ye” arah Tuan Razhiq. Hampir tertidur aku menaip kerja Tuan Razhiq. Dan sekejap-sekejap aku turun ke bawah untuk membancuh nescafe supaya tidak terlelap. “ minum dulu tuan”..pelawaku kepada Tuan Razhiq. “anak-anak dah tidur ke”..tanya Tuan Razhiq. “ dah” ringkas jawapan yang aku berikan dan segera menyambung tugasanku. Jam sudah menunjukkan ke angka 2.00am. sejuk je malam tu, “kalau tido berbungkuskan selimut kan best” getus hatiku. Tapi kerja tak settle lagi. Tuan Razhiq aku tengok masih aktif menyiapkan kerjanya. Kesian. Aku berusaha menyelesaikan kerja aku. Dan akhirnya SIAPPP!!

“tuan, saya dah siap..file tu saya simpan dalam folder PRESENT”...aku

“oke, thanks ye..awak nk tdo dh ke, nanti jangan lupa bangun awal..saya lapar dah nie?”..Tuan Razhiq. Kesiannya TUAN RAZHIQ nie. penat buat keje sampai perut pun dah lapar. Huuhu~~ hatiku berkata lagi.

***

....“Tuan, bekal tuan ada dalam kereta tuan. Harap tuan berjaya dalam pembentangan tuan hari ini”..sms yang aku kirimkan kepada Tuan Razhiq ketika dia bergegas ke pejabatnya pagi ini. “Tuan memang tak sempat breakfast tapi harap-harap tuan sempatlah membaca text aku. Semalam kata lapar.hummmm...”

Petang tu, Tuan balik ke rumah dengan muka yang monyok dan tak bertenaga sedang anak-anak meluru ke arah papanya. “yeye..papa dah sampai, papa bawak apa hari ni”...

“mmmm...papa penat tu sayang, biar papa rehat dulu ye”..pujuk aku kepada kedua anak kecil itu. Lagak aku seperti seorang mama dan istri yang prihatin. Aku membawa secawan air kepada Tuan Razhiq. “thanks, mmm..Vida, apa lauk hari ini..lapar, saya tak makan lagi nie”...

Rupanya Tuan Razhiq memang tak membaca text yang aku kirimkan pagi td. Bukan tak membaca, tapi tak terbaca. Sedikit perasaan kesal dan kecewa menyelubungi sanubari. Kenapalah aku tak kejutkan Tuan Razhiq awal pagi tadi. Terkejut beruk Tuan apabila sedar jam sudah menunjukkan ke angka 8.00 pagi.humm..tak pelah, benda dah jadi..dan sekarang aku kena sediakan lauk untuk Tuan Razhiq.

***

Hari berlalu dengan cepat sekali. Memang tidak menyedari bahawa sehingga ke saat ini sudah 3 tahun aku kerja sebagai pembantu rumah kepada sebuah keluarga yang penyayang. dan aku masih juga belum menemukan kerja tetap yang sesuai dengan kelayakkan ku. Mungkin inilah takdirnya untuk aku. Aku pasrah dengan ketentuan tuhan. Walau apa pun yang berlaku, aku redha atas semua ini, dan aku tetap bahagia disamping keluarga ini. Tapi tidak bermaksud aku akan terus menjaga anak-anak kepada Tuan Razhiq.

“ Vida, ni surat tawaran awak”...

“haa”..aku sedikit terkejut...

“surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Master kat Australia”....

Dengan senyap, Tuan Razhiq telah merancang sesuatu untuk hidup aku. Aku memang bercadang untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi tapi itu pun selepas aku memiliki kerja tetap sebabnya kos pembiayaan yang terpaksa ditanggung kalau belum mempunyai pekarjaan dan gaji tetap. Tetapi tindakan Tuan Razhiq lebih pantas dari apa yang aku harapkan. Semua kos pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran aku ditanggung oleh Tuan tanpa balasan. Aku gembira mendengar perkhabaran itu. Jasa baik Tuan Razhiq memang tidak dapat aku balas, hanya Tuhan tempat berserah. Dalam kegembiraan aku ketika itu, terselit rasa sedih kerana terpaksa berjauhan daripada kedua anak kecil yang aku sayangi. Aku terpaksa meninggalkan mereka untuk suatu tempoh yang lama. BERTAHAN kah aku???~~

Aku melangkah ke bilik dengan perasaan yang sungguh sayu. Aku rindu mereka. Kelihatan roomate sedang berchatting dengan familynya melalui skype. Kekadang terpancar kebahagiaan di wajahnya dengan gelak ketawa ibunya. Sungguh aku juga sangat merindui keluarga di kampung. Tapi aku yang memilih jalan hidup ini. sudah bertahun aku hidup jauh dari keluarga aku.sedikit pun keluarga tidak pernah mencari aku. Yang ada Cuma kedua anak Tuan Razhiq sahaja. Mereka pengubat rindu aku ketika ini.

“mama..mama tengah buat apa?dah makan ke?” meseg yang aku terima daripada Nombor Tuan Razhiq. Mesti kedua anaknya yang menaip meseg itu. Aku lantas membuka akaun skype aku. Kelihatan Tuan Razhiq tengah online. Dengan gembiranya, aku menegur Tuan Razhiq dan sempat berbual dengan Aikah dan Aikal. Puas aku melayan budak-budak itu. Semakin besar dan comel keduanya. Kalaulah aku berada dekat dengan mereka, sudah pasti aku akan memeluk erat keduanya dengan penuh kasih sayang.

“ok la mama, kami nak masuk tidur dulu ye..bye mama..muahhh”...Aikal dan Aikah menutup perbualan kami. Terasa dekat dengan mereka dengan adanya skype. THANKS SKYPE!! I II I I Rupanya baru aku tahu, kenapa kedua Aikal dan Aikah memanggil aku mama saat pertama kali aku melangkah ke rumah mereka.. dan persoalan ini jugalah yang selalu bermain di mindaku sejak bersama mereka .Akhirnya terjawab seketika tadi sewaktu berskype dengan Tuan. Istri Tuan Razhiq terlibat dalam satu kemalangan ngeri sewaktu balik dari sekolah. Ketika itu, Aikal dan Aikah masih kecil dan tidak sempat bermesra dengan ibunya. Selama bertahun Tuan Razhiq bersabar dan berusaha untuk melupakan arwah istrinya. Walaupun sibuk, Tuan tetap menjaga kedua anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia lah ibu dan dia lah juga ayah kepada Aikal dan Aikah. Bertahun juga Tuan Razhiq mendengar soalan yang sama keluar daripada mulut kedua anaknya tentang keberadaan ibu mereka. Sehingga Tuan hilang akal untuk menjawab apa lagi pertanyaan mereka. Tuan terkejut ketika melihat gambar aku mirip arwah istrinya melalui mudah.com. Aku memang ada meletakkan gambar aku sebagai pencari kerja melalui mudah.com. kerana terlalu tertekan hidup sebagai penggangur macam-macam cara aku lakukan. Nasib baik aku mendapat majikan sebaik Tuan Razhiq. Namun apa yang bermain di fikiran ku ketika ini ialah jawapan apa yang patut aku berikan kepada Tuan sekembalinya aku ke Malaysia nanti. Semalaman aku memikirkan tentang perkara itu. Sehinggalah aku terlelap...ZZZzzzz...

******

flight AK5100 ke Malaysia terpaksa ditunda sejam lewat daripada yang dijadualkan berlepas atas sebab keadaan cuaca tidak mengizinkan. Perasaan aku yang melonjak-lonjak mengingatkan Aikah dan Aikal bertukar menjadi perasaan hambar disebabkan kelewatan jadual pelepasan. “Kenapalah waktu aku nak balik jugaklah hujan turun dengan lebatnya” aku bermonolog. Mesti Tuan Razhiq tertunggu-tunggu kedatanganku di KLIA. .........

“mamaaaaaa......” kedengaran suara anak-anak tuan Razhiq. Dengan riangnya, mereka berlari mendapatkan aku. Aku memeluk mereka dengan sekuat hati. Tanpa disedari, air mataku menitis membasahi pipi. Aikal menyalam dan mencium tangan aku. Begitu juga Aikah. Aku mencium kedua pipi mereka dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah aku merasa sebahagia yang ku rasakan sekarang. AKu RINDUuuu MEREKA SEMUAAA~~~

“ awak tak nak cium saya jugak ke?”..Tuan Razhiq cuba bergurau melihatkan airmata ku yang sudah penuh membasahi pipi. Dengan itu juga, secubit senyuman terpahat dibibirku. Sempat pulak Tuan bergurau..

“mama..papa nak cakap sesuatu”...Aikah

“haaa...apa dia”...aku

Tuan Razhiq mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. SEBENTUK CINCIN.

“Aikal dan Aikah nak awak jadi mama dorg buat selama-lamanya” Tuan Razhiq. Sambil menghulurkan sebentuk cincin permata tadi.

“kalau Aikal dengan Aikah nak saya jadi mama, Tuan nak ke saya jadi isteri Tuan”..aku berseloroh. Kami tergelak. Akhirnya Tuan Razhiq menyarungkan cincin ke jari manis aku. Sebulan kemudian kami sah menjadi suami isteri dan aku kini bekerja di bawah syarikat milik suami sebagai pengarah executive.....

::THE END::



p/s ::::: sehebat manapun anda merancang, hidup sebenarnya telah merancang sesuatu untuk anda. anda merancang dan Allah juga merancang tetapi ingatlah, perancangan ALLAH adalah yang LEBIH BAIK. jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk anda, walau seluruh isi alam menghalang anda dari mendapatkannya, anda tetap akan DAPAT jua. tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu bukan milik anda, walau seluruh isi alam membantu anda untuk mendapatkannya, tetap sahaja anda tidak akan memperolehinya~~~

1 comment: